MALAYSIAKINI
Buat kali keempat dalam minggu ini, Malaysia mencatatkan kes baru harian Covid-19 di bawah paras 100.
Dalam
sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
memaklumkan, sebanyak 84 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5,389 kes.
Dengan
mengambil kira 59.3 peratus atau 3,197 yang sudah pulih termasuk 95
yang dilapor pulih hari ini, kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 2,103
kes.
Daripada jumlah itu, 46 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun,
satu lagi kematian baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi,
menjadikan jumlah korban akibat wabak itu ialah 89.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan