Dengan
ketibaan pasukan perubatan China di Malaysia semalam, Kementerian
Kesihatan akan dapat belajar langkah yang telah diambil negara itu, sama
ada berjaya mahupun tidak, dalam melawan Covid-19, kata Dr Noor Hisham
Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan itu berkata, ia agar pihaknya dapat menambah baik langkah-langkah dalam menghadapi wabak itu.
"Apa
yang kita lihat ialah kita dapat berbincang dari segi rawatan dan juga
penyelidikan, dan bukan saja perkara yang positif. Mungkin ada perkara
yang mereka laksanakan dan tidak berjaya.
"Jadi kita juga nak
belajar perkara yang mereka telah laksanakan tetapi tiada impak
misalnya, supaya kita tak mengulangi perkara itu," katanya ketika sidang
media di Putrajaya hari ini.
Beliau sekali lagi berkata kehadiran pasukan itu, yang terdiri daripada lapan pakar dalam bidang berbeza, bukan untuk merawat pesakit tetapi untuk bertukar pengalaman dan maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan