HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 April 2020

Dewan Rakyat bersidang sehari 18 Mei ini

ADMIN ISMAWEB

 

Tiada sesi pertanyaan lisan serta bertulis, usul atau kamar khas

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan tetap bersidang pada 18 Mei ini, menurut satu pemberitahuan semalam.

Berdasarkan notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 tersebut akan dilangsungkan selama satu hari saja.

“Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka persidangan Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

“Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas.

“Oleh yang demikian, semua pemberitahuan tersebut tidak perlu dihantar untuk mesyuarat ini,” katanya.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang pada 5 Disember tahun lepas.


Tiada ulasan: