HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 April 2020

Filipina tembak mati warga emas tak bertopeng, lawan polis


Agensi


warga-emas-ditembak
warga emas ditembak mati provokasi polis tak pakai topeng


MANILA – Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditembak mati oleh polis di Filipina selepas berdegil engan memakai topeng muka dan memprovokasi polis.

Kelmarin Presiden negara itu Duterte mengarahkan polis dan tentera supaya membunuh mana-mana rakyat di negara itu yang melanggar peraturan kuarantin diri dan mencetuskan masalah semasa pandamik.

Warga emas itu didakwa mempersoalkan dan melawan polis ketika dioperintah untuk memakai topeng muka.

Ia sekaligus menjadikan kes pertama orang awam di Filipina ditembak mati oleh polis kerana melanggar peraturan koronavirus 2019.

Mangsa didakwa dalam keadaan mabuk dan menugut pihak berkuasa di sebuah perkampungan dengan pisau tajam di selatan bandar Nasipit, di Wilayah Agusan del Norte.

“Suspek diberi amaran oleh pekerja kesihatan di kampung tersebut kerana tidak mahu pakai topeng muka.

“Tetapi suspek naik angin dan melemparkan kata kata provokasi dan menyerang pegawai polis menggunakan pisau cukur,” dakwa laporan polis.

Kerajaan pada Khamis memerintahkan rakyat supaya memakai topeng muka ketika berurusandi luar sepanjang perintah berkurung.

“Biar saya ulang lagi, kalau anda keluar dari rumah sila pakai topeng muka,” kata pegawai kerajaan Karlo Nograles.



Tiada ulasan: