Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Banyak lagi kluster lain, kenapa tabligh juga jadi tuduhan utama?

BANGI
– Gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membidas
tindakan portal liberal memburuk-burukkan jemaah tabligh dengan cuba
mengaitkannya sebagai punca COVID-19 merebak di negara ini serta di
India.
Terdahulu, sebuah portal liberal di
negara ini menggunakan imej bersama kapsyen pengikut tabligh di Malaysia
menjalani pemeriksaan COVID-19 di sebuah masjid di Shah Alam untuk
laporan berita luar negara.
Bagaimanapun, timbul persoalan apabila
imej yang dipaparkan tidak berkait dengan tajuk berita iaitu “India
tuduh ketua tabligh homisid kerana berhimpun semasa wabak”.
Semakan mendapati imej berita berkenaan
telahpun ditukar kepada ketua kumpulan Islam yang menganjurkan himpunan
tabligh di India pada bulan lalu.
Lantaran itu, Presiden ISMA, Haji
Aminuddin Yahaya secara sinis mendakwa, media berkenaan mungkin
mempunyai agenda untuk memberi imej buruk kepada Islam seperti
Islamophobia.
Beliau mengakui bahawa tidak dinafikan di
negara ini, kluster tabligh adalah golongan terbesar disahkan positif
wabak berkenaan, namun beliau mengingatkan semua pihak untuk tidak
melupakan kes pertama COVID-19 adalah disebabkan warga China yang datang
ke negara ini dari Singapura.
“Banyak lagi kluster-kluster lain yang
semuanya berjumlah lebih dari 20 kluster. Namun ini tidak dilaporkan
dengan sewajarnya sebaliknya kluster tabligh menjadi bahan tuduhan
penyebab utama.
“Dalam hal ini, kita tidak perlu
bangkitkan mengenai kluster. Itu sudah menjadi sejarah dan tidak
memberikan apa-apa kebaikan pun sekarang. Yang penting semua rakyat kena
patuh pada arahan kerajaan.
“Justeru, kita nasihatkan media untuk
memberhentikan doktrin Islamophobia ini tetapi sebaliknya mengajak
seluruh rakyat untuk kekal di rumah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan