MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 16 April 2020
Siti wujud Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin
MALAYSIAKINI
Siti
Nurhaliza antara anak seni yang tidak ketinggalan mengambil inisiatif
membantu pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terjejas dengan
situasi penularan wabak Covid-19.
Penyanyi itu melaksanakan
inisiatif tersebut melalui Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd untuk
mengumpul wang sumbangan melalui Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin
(PKP).
Sebagai permulaan, dia mensasarkan pengumpulan dana bagi
kategori Peduli untuk kadar segera sebanyak RM50,000 bagi membantu
menyediakan keperluan dan peralatan di pusat perubatan yang terlibat
menangani Covid19.
“Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera
apabila dana mencukupi bagi penyediaan peralatan perlindungan diri
(PPE), topeng muka, sarung tangan dan peralatan lain.
“Jumlah
sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh perintah
kawalan pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan
disalurkan.
“Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu
perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang. Terima kasih Malaysia,”
katanya dalam satu kenyataan.
Kata Siti, 41, selain Peduli, dana tersebut turut dibahagikan kepada dua lagi kategori iaitu Kemanusiaan dan Prihatin.
“Di
bawah kategori Kemanusiaan, atas paksi mahu membantu individu dan
keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas
pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga orang kurang upaya
atau penyakit kronik.
”Seterusnya di bawah kategori Prihatin
pula, bantuan ini khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada
golongan yang tidak berkemampuan serta badan kebajikan,” kata penyanyi
lagu Terang itu.
Penyanyi nombor satu tanah air itu juga akan
menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti
Official Video pada 19 April ini bermula jam 2.30 petang.
“Penonton
Youtube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan
Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu pilihan.
“Sumbangan boleh dilakukan dengan menyalurkan wang ke platform pengumpulan dana Kitafund.
“Platform
Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping
memudahkan orang ramai untuk menyumbang dalam talian tanpa ragu-ragu,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan