Kerajaan negeri Johor hari ini dilihat membelakangkan saranan yang dikeluarkan oleh Pengerah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam isu kepulangan rakyat Malaysia dar Singapura.
Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Aminolhuda Hassan dalam satu kenyataan media berkata tindakan kerajaan Johor itu dilihat seperti tidak mempedulikan nasib rakyat di negara ini.
Katanya, dalam isu soal kesihatan kerajaan harus merujuk kepada golongan yang paling hadapan dalam menguruskan serta meletakkan kepentingan kesihatan dalam keadaan segenting ini.
“Kita akan tahu kesannya sekiranya mereka yang balik dari Singapura ini kemungkinan besar akan membawa penyakit tersebut dan dikhuatiri bakal membawa perebakkan kepada ahli keluarga mereka.
“Saya menyeru agar pihak kerajaan Johor tegas mengambil tindakan untuk berunding dengan negara Singapura dalam kemelut membawa pulang pekerja rakyat Malaysia segera,” katanya.
Beliau yang juga merupakan mantan Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia berkata, terdapat indikator yang kuat seperti berlaku di beberapa tempat yang membuktikan ‘self quatantine’ tidak berjaya menyekang wabak Covid 19 ini dari merebak.
“Sekiranya kerajaan ingin menerima kemasukkan mereka, kerajaan perlu kuarantinkan mereka terlebih dahulu bukan dengan membiarkan mereka pulang duduk bersama keluarga kerana ini dikhuatiri akan membawa kepada kluster baru.
“Kita maklum setakat hari ini, seramai 12,000 pekerja dari Malaysia yang telah pun pulang dari negara Singapura ke rumah mereka dan ini bakal mendatangkan permasalahan sekiranya mereka itu tidak dikuarantinkan secepat mungkin di pusat-pusat kuarantin yang telah dibuka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan