HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 April 2020

Urusan kahwin, nikah di Selangor tangguh hingga 31 Mei

tyrazalhe 

 

Pasangan dapat kelulusan Pengarah JAIS saja boleh teruskan perkahwinan tapi bersyarat

BANGI – Semua urusan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah di negeri Selangor ditangguhkan sehingga 31 Mei 2020 atau ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu selaras dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Bagaimanapun, Jais memutuskan untuk memberi kebenaran khas kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin yang mempunyai alasan munasabah dan selepas diluluskan oleh Pengarah Jais untuk meneruskan perkahwinan sepanjang PKP.

Namun, perkahwinan itu perlulah tanpa kehadiran pihak-pihak, seperti mana keperluan di bawah Seksyen 7 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Tiada sebarang Kebenaran Berkahwin baru akan dikeluarkan sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan maklum balas, pandangan dan cadangan bernas untuk dihalusi Jais.

“Marilah kita terus berdoa dan bermunajat supaya Allah S.W.T memberi kita kesihatan dan a’fiat, seterusnya mengangkat wabak ini dari negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Tiada ulasan: