"Sekarang ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengambil alih pengurusan air jadi segala tanggungan itu akan diambil alih. Jadi apabila ini dilakukan dalam masa terdekat ini, bebanan (hutang) kerajaan negeri akan kurang," katanya.
Kerajaan Johor berhutang RM655.88 juta daripada kerajaan pusat di mana 92.68 peratus daripadanya merupakan pinjaman dari kerajaan pusat untuk membiayai bekalan air ke luar bandar oleh SAJ.
Sebanyak RM87.7 juta dipinjamkan kepada Johor Corporation (JCorp), manakala RM100 juta dipinjamkan kepada kerajaan negeri untuk membina rumah kos murah.
Ambrin menolak pendapat yang menyatakan jumlah hutang yang banyak itu akan membuatkan kerajaan negeri muflis.
"Sangat sukar untuk kerajaan negeri muflis sebab ia mempunyai banyak aset dan hartanah," katanya kepada pemberita di sini selepas majlis perasmian Hari Audit Se-Malaysia oleh Speaker Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan di sini.
Bulan lepas, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata selain dari dibelanjakan untuk bekalan air luar bandar, pinjaman juga dibuat untuk membina loji air baru di Semanggar di
Dengan pembinaan loji air itu, katanya Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air bersih yang diproses oleh Singapura untuk pengguna air di negeri itu.
Abdul Ghani berkata SAJ akan diambil alih oleh sebuah syarikat pengurusan air yang ditubuhkan Kerajaan Pusat dalam tempoh setahun lagi. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan