Kerajaan Bazirkan RM75 Juta Lagi Untuk CCTV.
Oleh: PAS Johor.
Peruntukan khas sebanyak RM75 Juta dari kerajaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyediakan dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat awam berisiko tinggi kejadian jenayah dilihat sebagai satu jumlah yang tidak munasabah untuk dileburkan begitu sahaja oleh kerajaan.
Pendedahan indeks jenayah yang tinggi sebanyak 224,298 yang dicatatkan sepanjang tahun 2007 yang lalu menggambarkan rakyat seolahnya sudah tidak selamat lagi untuk tinggal di negara ini.
Kenyataan ini adalah suatu pandangan yang serius berdasarkan kepada beberapa insiden & kejadian jenayah yang berlaku saban hari seolah-olah tidak terbendung lagi.
Pihak-pihak berkuasa berwajib, seolah-olah telah kehilangan taring dan kuasa.
Hakikat kehidupan sekarang ialah 'perlindungan tambahan' kini seolah-olah tiada lagi jaminan selamat. Berjalan sahaja kemana-mana rompak & ragut sudah menjadi perkara biasa.
Anak-anak sudah hilang kebebasan bermain & berjalan bersama keluarga. Berjalan kesana kemari seolah-olahnya mesti ditambat & dipagar supaya diharapkan selamat. Kes culik Adik Nurin Jazlin dan yang terbaru Adik Sharline adalah petanda pihak polis sudah mula menemui jalan buntu.
Siapakah lagi yang patut dipersalahkan dalam perkara ini. Pihak polis dengan senang sahaja boleh 'berlepas tangan' dengan kata mereka ibubapa yang cuai sehingga anak diculik juga boleh didakwa.
Ahli politik kini juga dilihat sebagai sasaran mudah penjenayah, betapa ramai rumah ahli-ahli politik ini dirompak lantaran harta kekayaan mereka yang melimpah ruah.
Yang terbaru kes bunuh Adun Tenggaroh di Johor Bahru menunjukkan ahli-ahli politik juga dalam bahaya.
Di Johor Bahru polis masih lagi mengadakan sekatan jalan raya yang luar biasa dalam memburu suspeks yang disyaki membunuh wakil rakyat tersebut.
Adakah pelaburan kerajaan sebanyak RM75 Juta dalam pembelian CCTV berbaloi sebagai jaminan keselamatan kepada rakyat ataupun kerajaan masih tidak serik mengambil kesempatan di atas projek-projek dan tender terbuka untuk dibolot terus oleh si kroni Barisan Nasional dalam mengaut modal pendapatan untuk berdepan pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Adakah ada lagi jaminan dari kerajaan CCTV tersebut tidak disalah gunakan.
Dalam perkara ini janganlah lagi rakyat tersilap membuat perhitungan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan