HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Mac 2008

Awas provokasi hasut Melayu Pulau Pinang demonstrasi


Parti KeADILan Rakyat Bahagian Bayan Baru pada 13 Mac 2008 telah menerima laporan umum berhubung satu hebahan secara sulit menghasut orang Melayu/Islam berdemonstrasi menentang kerajaan baru Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang pada 14 Mac 2008.

Pihak KeADILan dan gabungannya bertegas tidak akan terlibat perhimpunan ini dan ia dipercayai didalangi oleh pihak-pihak pembangkang untuk negeri ini.

Pihak parti bahagian ini dimaklumkan juga kehilangan bendera-bendara KeADILan yang diletakan di beberapa tempat dan jalan-jalan sekitar bahagian ini.

Sehubungan itu, kami bimbang bendera-bendera kami akan disalah gunakan untuk tujuan yang dimaksudkan.

Suatu laporan polis berkenaannya telah dibuat di Balai Polis Sungai Nibong, Bayan Baru pada 11.00 malam, 13 Mac 2008 oleh Ketua Penerangan KeADILan Bayan Baru, Annuar Ismail bersama-sama jawatankuasa bahagian. Turut hadir adalah ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

KeADILan meminta semua pihak tidak terlibat usaha jahat yang telah dilakukan dengan menimbulkan ketegangan kaum dengan tujuan menimbulan keadaan cemas dalam negara akibat dihimpit kekalahan teruk parti-parti pembangkang negeri ini.

ANNUAR ISMAIL
Ketua Penerangan
Bahagian Parti KeADILan Rakyat Bayan Baru

1 ulasan:

hamba allah berkata...

melayu bergadoh dengan melayu.
apa nak jadi dengan tanah melayu sekarang ni..
ingat lah org melayu semua, kita sepakat bergabung sama2 tunaikan kata hang tuah 'tak akan melayu hilang di dunia'
maruah org melayu dah tercalar.
mengapa kita perlu bergaduh.
tolong lah buka minda.
pikir masa depan anak cucu kita.
kenapa bangsa lain boleh bergabung walaupun kaum mereka sedikit.
biar bangsa lain takut dengan bangsa melayu....yang mereka perlu tahu bansa melayu bukan bangsa PENAKUT..