HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Mac 2008

Kerajaan Kedah beri tiket percuma tonton Kedah lawan Perak
Bashir Ishak


ALOR SETAR (Hrkh) - Sebagai hadiah kepada rakyat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan pemberian tiket percuma untuk orang ramai menonton perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman.

Tiket percuma tersebut akan diberikan untuk perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kedah melawan Perak pada 23 Mac ini.

"Para peminat bola boleh menonton perlawanan ini secara percuma tapi kena pergi ambil tiket di kaunter pada waktu pagi. Bukan boleh serbu masuk macam tu saja, ni kalau semua yang datang malam pi sana boleh pecah stadium.

"Tapi kalau tak muat kita boleh tengok di luar, kita boleh pasang "giant screen" macam malam ni," katanya kepada hadirin yang hadir mendengar Ceramah Maulidul Rasul 1429 di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini malam tadi.

Lebih 100 ribu orang membanjiri kawasan stadium tersebut untuk mendegar ceramah yang turut disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mns

2 ulasan:

Malay Today berkata...

Mungkin PAS juga lepas ni akan jadi macam BN - menghabiskan duit rakyat. Adakah dengan bg tiket free, rakyat secara keseluruhan akan dapat benefit. Katanya nak mempertimbangkan faedah, tapi pembaziran dilakukan...

Rahimi berkata...

jadi orang yang berfikiran positif...kalau rasa duit rakyat habis sebab bagi tiket free, berapa pulak rakyat dapat duit masa kena bayar tiket... untuk masuk stadium tu sebenarnya percuma cuma masa BN dia ambik duit..tiket bertujuan mengawal bilangan masuk untuk keselesaan dan keselamatan, so kira ada faedah la kepada rakyat..jgn ada perkataan "mungkin" dalam berkata2, itu kira ikut akal membabi buta, tidak menganalisa secara berfakta....