Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!
Azamin Amin
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Sudah pasti rakyat 'menitis' air mata dan 'terhiris hatinya apabila Petronas yang diharapkan membantu rakyat di kala krisis minyak yang melanda sekali gus membebankan kos sara hidup 'berbelanja' mewah semata-mata untuk hiburan untuk golognan elit.
Parlimen dua minggu lalu menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.
"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat, sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.
Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.
"Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.
"Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300,"
"Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!," katanya dalam blog n32blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan