KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menepis cadangan
oleh seorang usahawan media Kelantan untuk mewujudkan kerajaan campuran
Umno-PAS bagi memulihkan negeri itu selepas banjir.
Menurut Ahmad, perkara itu tidak dibincangkan kerana ia hanya akan
mewujudkan "polemik baru" sedangkan tumpuan ini harus diberikan kepada
usaha menyelamatkan mangsa banjir.
"Kita sedar bahawa rakyat kita perlu dibantu. Polemik parti kita letak
tepi dulu," katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Ahmad mengulas saranan oleh penerbit akhbar tersebut, Datuk Hussamuddin
Yaacob agar PAS dan Umno bersatu dalam menangani isu banjir di
Kelantan.
Katanya, kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri untuk membantu
rakyat sudahpun bermula walau tidak melalui kerjasana kerajaan campuran.
Akhbar tersebut turut mengutip kenyataan pengerusi BN Kelantan Datuk
Seri Mustapa Mohamed yang berkata, kerjasama “kerajaan campuran” di
antara BN dan PAS itu telah dilaksanakan.
Katanya ia boleh dilihat dalam beberapa urusan terutama dalam menangani bencana banjir ketika ini.
"Untuk banjir kita sudah memulakan kerajaan campuran kerana dalam
jawatankuasa (banjir) ini, saya pengerusi dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Datuk Mohd Faudzi Che Mamat sebagai timbalan," lapor akhbar bahasa
Melayu itu lagi.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali
berkata beliau sedia untuk menjalin kerjasama dan hubungan baik dengan
BN demi kepentingan rakyat Selangor.
"Di peringkat Selangor sendiri, kita sudah pun mengamalkan pendekatan
temi tembung dengan kerajaan BN dari peringkat kerajaan Persekutuan.
"Sebagai contoh, kerajaan negeri adakan perbincangan dengan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, langkah yang
boleh diambil untuk pembangunan negeri Selangor," katanya seperti
dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan