MALAYSIAKINI
Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia
Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com
Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara pra-penerbangannya.
Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.
"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.
Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.
"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara
langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai
cuaca.
"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik," kata Hadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan