Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
 
 
KOTA BHARU - "Nik Aziz masih ingat saya," kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Beliau tiba di HUSM kira-kira jam 9.50 pagi diiringi anak bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta beberapa pemimpin Pas yang lain.

"Alhamdulillah Nik Aziz makin elok malah dia masih cam saya dalam keadaan begitu. "Saya juga difahamkan alat bantuan pernafasan juga telah dibuka," katanya kepada media selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarah Nik Aziz.

Katanya, orang ramai diharap mendoakan yang terbaik buat Nik Aziz agar kesihatannya pulih seperti sediakala.