Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Dato’ Menteri Besar,
Mohamed Azmin Ali mengesahkan pihaknya mempunyai rekod bahawa Pejabat
Menteri Besar Perak sudah menerima cek sumbangan bantuan banjir yang
diserahkan awal minggu ini oleh Kerajaan Selangor.
Ketika ditanya sama ada sedia maklum
berhubung dakwaan penolakan bantuan berkenaan Mohamed Azmin berkata,
beliau tidak tahu menahu.
“Saya tidak tahu menahu. Cek untuk
Kerajaan Perak sudah diserahkan dengan tangan ke Pejabat Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
“Pejabat Penteri Besar juga mengesahkan penerimaan cek tersebut,” katanya kepada media.
Jelasnya, sebelum ini beliau mengarahkan
cek tersebut diserahkan terus kepada semua wakil Kerajaan Negeri yang
berhadapan musibah banjir.
Mengulas mengenai dakwaan berkenaan,
beliau berkata, perkara tersebut bukan satu masalah besar dan percaya
bantuan itu akan dimanfaatkan untuk rakyat di Perak.
Pada masa sama, Exco Perak, Datuk Zainol
Fadzi menerusi Whatsapp memaklumkan kepada Selangor Kini bahawa beliau
tidak dimaklumkan berkenaan penolakan sumbangan itu.
“Maaf, saya tidak dengar pun isu ini,” katanya ringkas.
Sebelum ini, Exco Hal Ehwal Wanita dan
Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi melahirkan kekesalan dengan adanya laporan
mengatakan Kerajaan Perak menolak bantuan yang diberikan.
Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP
Perak, Chong Zemin dalam satu kenyataan membidas Kerajaan Perak kerana
menolak bantuan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan