Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, masalah pembalakan di Kelantan
mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada bencana banjir di
negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, masalah pembalakan tidak boleh dijadikan faktor utama memandangkan beberapa negeri lain turut dilanda banjir.
"Itu (pembalakan) mungkin salah satu faktor. Tapi tak boleh nak kata begitu. Banjir besar di Johor sebab apa?
"Di Kemaman sebab apa? Di Pekan (Pahang) sendiri?
"Apa yang harus kita lihat ialah satu kajian yang menyeluruh kenapa negara kita menghadapi bencana yang luar biasa ini.
“Dan kita perlu gemblengkan lagi tenaga bagi hadapi perkara ini pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada masalah pembalakan di Kelantan menjadi faktor penyumbang kepada krisis banjir di Kelantan semasa sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Sementara itu, Salahuddin juga mencadangkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengenalpasti punca bencana itu.
Katanya, kerjasama oleh NGO dan individu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dibuat bagi memastikan perkara itu dapat ditangani bersama.
'Berhentilah guna logo parti'
Salahuddin yang juga pengarah pusat pengurusan bencana PAS juga meminta supaya tiada sebarang logo parti digunakan semasa pemberian barangan kepada mangsa banjir.
Katanya, perkara itu perlu dihentikan memandangkan apa yang penting sekarang ialah misi kemanusiaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Sebelum ini dilaporkan terdapat barangan seperti kampit beras yang mempunyai wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada mangsa banjir.
"Label-label pada barang itu berhentilah. PAS pun tak pakai logo PAS. Kita turun atas misi kemanusiaan.
"Tak perlulah letak gambar-gambar,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan