SHAH ALAM – Biarpun masih terlantar di atas katil wad Unit Rawatan Rapi
(ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun Mursyidul Am
Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lupa berpesan kepada
anak-anaknya supaya menghargai masa.
Demikian antara coretan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz yang dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia yang tidak
putus mendoakan kesihatan buat ayahandanya.
“Begitu ayahanda mendidik kami. Dan hinggalah saat ini, dari atas katil
ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai
masa dan waktu..
“ALLAHU, ampuni kami dan ibu bapa kami serta zuriat kami dan seluruh
kaum muslimin,” katanya yang dimuat naik di laman akaun Facebooknya,
lewat malam tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Aziz makin stabil, tidak banyak berubah]
Nik Mohamad Abduh juga sempat mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya
yang dipaksa ayahandanya ke masjid lebih awal setiap kali solat Jumaat.
“Awal sangat. Kadang-kadang, jam 12 tengah hari kami sudah terpacak di masjid. Tok Imam, tok bilal, tok siak dan ahli qaryah tak nampak batang hidung lagi.
“Awal sangat. Kadang-kadang, jam 12 tengah hari kami sudah terpacak di masjid. Tok Imam, tok bilal, tok siak dan ahli qaryah tak nampak batang hidung lagi.
“Bukan main seksanya kami, terhanggguk-hangguk menanti tok bilal azan,
tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabis khutbah dan
bergeliat menanti 'tamatnya' paksaan beragama masa kecil,” katanya lagi.
Nik Aziz disahkan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu dan dimasukkan ke ICU Selasa lalu.
Nik Aziz disahkan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu dan dimasukkan ke ICU Selasa lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan