Tony turut hadir untuk menyerahkan jenazah Khairunisa kepada keluarganya.
PALEMBANG: Jenazah Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari berusia 22 tahun, selamat dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Bukit Lama, Palembang, semalam.
Kompas.com melaporkan, suasana pilu mengiringi pengebumian terutamanya ketika jenazah diturunkan ke liang lahat, ditangisi ibunya yang dipapah oleh salah seorang rakan keluarga lain. Turut hadir ialah Divo, kekasih Allahyarham.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia Tony Fernandes turut hadir ke rumah keluarga Allahyarham di sini untuk menyerahkan jenazah kepada keluarga. Beliau juga ditemani kakitangan dan pramugari Air Asia Indonesia.
Allahyarham adalah satu antara tiga mayat yang ditemui terawal di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, yang hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.
Beliau yang berkhidmat dengan AirAsia Indonesia sejak 28 Jan 2013, ditemui lengkap berpakaian uniform pramugari.
Setakat ini sebanyak 22 mayat diketemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pesawat tersebut yang diketuai Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan