KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus 6.25 peratus dan bonus tambahan dua peratus kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2014.
TH memperuntukkan sejumlah RM3.2 bilion untuk pembayaran bonus berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peruntukan untuk pembayaran bonus berkenaan adalah tertinggi sejak penubuhan TH iaitu peningkatan 23 peratus berbanding RM2.6 bilion pada tahun 2013.
Beliau mengumumkan pembayaran bonus itu di Bangunan Ibu Pejabat TH, di sini sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan