shahbudindotcom
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada email ini tulen atau sebaliknya.
Dalam emailnya, Aidana Karabasova mengakui bahawa itu adalah gambarnya dan beliau bukannya Aidana Baizeiva.
Katanya lagi, beliau masih hidup dan berasal daripada Kazakhstan, bukannya Kyrgzstan.
Dalam
artikel di blog ini pada Selasa 7 April lalu, saya menulis berkenaan
gambar yang tersebar luas berkaitan Aidana Baizieva yang berkemungkinan
bukan wajahnya sebenar kerana gambar itu sebenarnya diperolehi daripada
sebuah web bernama gaukhara.com.
Sekali
lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak
media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan
bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva, mangsa yang terbunuh dalam
nahas helikopter yang dipercayai rakan kepada juruterbang bernama
Clifford.
Ini juga bermakna gambar sebenar Aidana Baizieva masih lagi tidak dapat dipastikan.
Dalam
nahas itu, kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin,
Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Azlin
Alias telah terbunuh.
Negara
Kazakhstan di mana Aidana Karabasova dipercayai berasal adalah negara
yang sama dengan negara asal Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana
Menteri, Najib Razak yang majlis perkahwinan gilang gemilangnya diadakan
baru-baru ini.
Setelah majlis di Malaysia, hujung minggu ini pula dijangka diadakan majlis bertandang ke Kazakhstan.
Inilah email daripada Aidana Karabasova...
Jika email itu tulen, maka sah ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya Aidana Baizeiva...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan