Pembayaran
BR1M Perlu Dihentikan Kata Mahathir Mohamad. Najib Sila Bagi Joran Bukan
Ikan kepada Rakyat! : Daripada dahulu lagi, Tun dr Mahathir Mohamad
tidak sebulu dengan Najib Razak mengenai pembayaran BR1M kepada rakyat
Malaysia telah pun mencecah RM5.3 bilion sehingga pembayaran BR1M yang
telah dibuat sehingga ke hari ini. Ada lagi yang masih tidak dapat
bayaran BRIM? Ada?
Jikalau Najib Razak telah suka
menyuapkan ikan kepada rakyat Malaysia, Mahathir Mohamad lebih suka
dengan mekanisme pemberian joran kepada rakyat Malaysia. Ada pula suka
dan selesa yang mana satu untuk jangka masa panjang?
Daripada dahulu lagi, Tun dr Mahathir
Mohamad tidak sebulu dengan Najib Razak mengenai pembayaran BR1M kepada
rakyat Malaysia telah pun mencecah RM5.3 bilion sehingga pembayaran BR1M
yang telah dibuat sehingga ke hari ini. Ada lagi yang masih tidak dapat
bayaran BRIM? Ada?
Jikalau Najib Razak lebih suka menyuapkan ikan kepada rakyat Malaysia, Mahathir Mohamad lebih suka dengan mekanisme pemberian joran kepada rakyat Malaysia. Ada pula suka dan selesa yang mana satu untuk jangka masa panjang?
Pembayaran BR1M Tidak Baik Kepada Malaysia?
Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali
tidak bersetuju dengan Najib Razak untuk terus melakukan pembayaran BR1M
kepada rakyat Malaysia. Cukuplah setakat BR1M 2015 kali ini jangan
disambung lagi kepada BR1M 2016. Jangan dihabiskan sebahagian besar dana
negara untuk pembayaran BR1M bagi tujuan meraih undi. Itu harapan Tun
Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini. Ini kerana Mahathir Mohamad
merasakan yang pembayaran BR1M ini akan membuatkan rakyat Malaysia sukar
untuk maju kehadapan.
Mahathir mengkritik pemberian BR1M oleh kerajaan Malaysia kerana tujuan asalnya hanyalah untuk meraih sokongan dan undi rakyat Malaysia. Mahathir mengingatkan kerajaan Malaysia yang dipimpin Najib Razak untuk tidak membatkan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan.“give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime”.
Beri bayaran BR1M kepada rakyat, akan ada rakyat Malaysia tidak akan menghargainya untuk undi kerajaan Malaysia
Sebaliknya, berikan rakyat Malaysia ilmu dan kepakaran supaya rakyat Malaysia menjadi lebih “independent”
Bagi Berita Semasa sendiri lebih dilakukan pembayaran BR1M 2015 contohnya kepada Golongan Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Miskin Tegar, Anak Yatim di peringkat umur bawahan. Realitinya sekarang ini :
- Mat gian dapat?
- Bujang sihat walafiat pun dapat?
- Ada yang sampai dapat BR1M dua kali?
- yang kerja sendiri, pendapatan ribu-ribua tetapi disebabkan tidak register dengan LHDN, ermmmm…..
P/S : Apa nasib kalangan rakyat Malaysia
yang mempunyai anak lima tinggal di bandar besar Kuala Lumpur,
berpendapatan RM4,200 sekaligus tidak dapat dan layak menerima
pembayaran BR1M 2015. Tersepit di tengah-tengah pada ketika ini. BR1M
tidak dapat, bayar cukai pendapatan, bayar GST. Patutkah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan