Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Ulama Pas mengharapkan ahli parlimen sama
ada Islam atau bukan Islam menyokong Rang Undang-Undang Persendirian
yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum 9 April ini.
Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Islam Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada perundangan syariah untuk dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.
Menurutnya, bagi ahli parlimen beragama Islam, ia menjadi satu kewajipan untuk mereka menyokong rang undang-undang tersebut bagi membolehkan syiar Islam tertegak di negara ini.
"Bagi ahli Parlimen bukan Islam, kita minta mereka turut menyokong kerana hukum hudud ini beri kebaikan kepada Islam dan bukan Islam. Ia menjaga harta benda dan juga tubuh badan.
"Beri peluang hudud dilaksanakan dulu, barulah kita boleh lihat keadilannya," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini.
Mesyuarat berkenaan membincangkan beberapa perkara termasuk pindaan Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
Usul yang dibawa ke Dewan Rakyat itu adalah untuk dipinda agar hukuman bagi kesalahan jenayah di bawah mahkamah syariah ditambah baik mengikut syariat Islam.
Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berkata, apa yang diusahakan Pas itu menepati perjuangan dibawa selama ini serta perlembagaan parti itu sendiri yang mengangkat hukum tertinggi iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan kias.
Sementara itu, Abu Bakar berharap mana-mana pihak tidak meletakkan kesalahan kepada keikhlasan Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sekiranya rang undang-undang itu tidak diluluskan di Parlimen.
Beliau berkata, Pas hanya berusaha setakat termampu dan menyerahkan kepada pihak lain untuk bersama-sama menyokong agar ia boleh dilaksanakan di Kelantan.
“Kita harap jangan tuding jari kepada kita yang bawa rang undang-undang itu untuk diluluskan. Kita berusaha setakat termampu dan kita telah tunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Kalau diluluskan, alhamdulillah,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan