Wan Junaidi
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri akui wujud aktiviti bolos di
sempadan-sempadan atau jalan tikus yang menyebabkan kemasukan pendatang
asing tanpa izin (Pati) ke negara ini.
Malah menurut Timbalan Menteri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
jalan tikus yang ada di negara ini boleh dilalui oleh sebuah lori.
"Saya masih melihat bolos tetap akan berlaku. Umpamanya kalau kita
lihat di sempadan Amerika dan Mexico ini begitu baik sekali dengan
segala sistem...dengan penjagaan kemasukan pendatang asing daripada
Mexico ke Amerika. Masih boleh dibolosi juga. Inikan lagi sempadan
Malaysia dengan Thailand.
"Saya dimaklumkan ada 600 jalan tikus dan di sempadan Sarawak dengan
Kalimantan ada lebih 90 jalan tikus yang lori pun boleh masuk. Selain
daripada itu, kita ada sungai yang berdekatan dengan sempadan Filipina
hanya setengah jam naik bot.
Begitu juga di Melaka dan sebagainya untuk menyeberang ke Sumatera
bukanlah jauh sangat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan