HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 April 2015

Jangan guna Akta Hasutan terhadap media

 
Penggunaan Akta Hasutan secara semberono dalam mengekang rakyat akan pasti menambah biaknya kebangkitan dan kemarahan rakyat


Tuan-Ibrahim-Tuan-Man_600


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menggesa kerajaan untuk berhenti menggunakan Akta Hasutan itu terhadap media dan juga tujuan politik.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan bahawa media yang bebas adalah satu tiang untuk negara terus bergerak maju dan demokrasi terus subur.

Tambah beliau, tindakan menggunakan Akta Hasutan terhadap media kerana laporan, tepat mahupun kurang tepat laporanya adalah keterlaluan, seolah-olah hanya akta hasutan yang ada, sedangkan pelbagai peraturan digubal bagi mengawal penyalahgunaan media.

“Penggunaan Akta Hasutan ini mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat bagi menentang penyelewengan dan salah urustadbir negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, lapor Harakahdaily.

Tetapi ingatlah, kata beliau penggunaan Akta Hasutan secara semberono dalam mengekang rakyat akan pasti menambah biaknya kebangkitan dan kemarahan rakyat.

Tambahnya, tangkapan berleluasa sebulan ini menunjukkan kerajaan yang ada hari ini tidak boleh diyakini untuk tidak menyalahgunakan undang-undang yang ada demi politik.

“Ini juga menjadi kerisauan rakyat terhadap POTA yang bakal dibentangkan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: