ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad mengesahkan bahawa konsesi kutipan
tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau telah dilanjutkan sehingga tahun 2038
tetapi menegaskan bahawa penggunanya hanya membayar separuh harga.
Memetik laporan Malaysiakini, syarikat konsesi bagi Laluan 2 Lebuhraya
Persekutuan yang sepatutnya berakhir pada 2018, telah dilanjutkan selama
20 tahun pada 2011, di bawah semak semula perjanjian dengan kadar tol
yang lebih rendah.
Katanya, dalam usaha untuk mengurangkan kesan kenaikan tol kepada orang
awam, kadar tol di lebuh raya PLUS, termasuk Batu Tiga, telah
distrukturkan semula pada tahun 1999, 2002 dan 2011.
Tambahnya, jika menggunakan perjanjian konsesi asal, yang menyatakan
bahawa konsesi akan berakhir pada tahun 2018, maka kadar tol di Batu
Tiga hari ini sepatutnya RM2.40 berbanding kadar semasa RM1.10, yang
kekal sama sejak tahun 2005.
Plus mengulas laporan yang memetik ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail
berkata kerajaan pusat tidak menghiraukannya permintaan rakyat supaya
tol itu ditutup, dan sebaliknya, perjanjian konsesi diperbaharui untuk
selama 20 tahun lagi.
Plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada konsesi Lebuhraya Utara Selatan.
Plus berkata, semakan perjanjian konsesi pada 2011 menyatakan bahawa tidak akan ada lanjutan lagi selepas tahun 2038.
Menurutnya, konsesi itu akan berakhir pada 31 Disember 2038, seperti yang dijadualkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan