HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 April 2015

Mubarak: Guna pendekatan sesuai tegur Najib

MALAYSIAKINI


 


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Pahang berpendapat mana-mana pihak boleh menegur kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan baik tetapi perlu menggunakan pendekatan yang sesuai.

Yang Dipertuanya Datuk Dr Abdul Halim Mansor berpendapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menggunakan pendekatan berbeza untuk menegur Najib, bukannya secara terbuka kerana ia boleh menimbulkan situasi kurang senang.

"Teguran boleh dibuat dengan niat mahu menambah baik. Tapi ia perlu ibarat teguran seorang ayah, yang tidak akan melakukan (teguran) di khalayak jiran atau tempat terbuka yang membuatkan 'kesilapan' itu menjadi bahan bualan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas kritikan terbuka Dr Mahathir terhadap Najib baru-baru ini.

Abdul Halim juga berpendapat Najib tidak semestinya memberi 'jawapan secara lisan' dalam persoalan dibangkitkan Dr Mahathir kerana 'tindakan adalah lebih dipercayai daripada perkataan'.

Bagaimanapun, katanya perdana menteri selaku pihak yang dipersoalkan perlu diberikan masa untuk membuktikan tindakan beliau adalah dilakukan atas kepentingan dan kebaikan rakyat dan negara. - Bernama


 

Tiada ulasan: