HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 April 2015

Polis teliti laporan polis ke atas Dr M

MALAYSIAKINI


 


Pasukan polis berjanji untuk meneliti laporan polis ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekiranya tiada asas untuk membuka siasatan, kes itu akan ditutup.

"Kami akan teliti semua laporan dan kenalpasti jika aada kesalahan yang dibuat.

“Kita akan tutup fail jika tiada (kesalahan),” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ditanya mengenai laporan polis yang dibuat di seluruh negara ke atas Mahathir oleh NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), yang mahu bekas PM itu disiasat mengikut Akta Hasutan.

Koordinator SAMM, Badrul Hisham Saharin berkata beliau sendiri disiasat sebelum ini kerana menulis buku berhubung kematian Altantuya Shaariibuu.

IGP sebelum ini menyatakan bahawa Mahathir tidak melanggar Akta Hasutan melalui kenyataannya berhubung kes Altantuya.

Mahathir dalam kenyataannya meminta siasatan dijalankan untuk menentukan jika dua komando polis yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh itu bertindak atas arahan.

Menurut Khalid, isu tersebut sudahpun dibincangkan dengan meluas dan siasatan tidak perlu dijalankan memandangkan tiada bukti baru.


Tiada ulasan: