HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 April 2015

POTA galak pelancong ke Malaysia- Nazri Aziz

 
POTA juga tidak akan beri kesan buruk kepada sektor pelancongan negara.


Nazri-Aziz_600


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul percaya Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) boleh meningkatkan jumlah pelancong asing ke negara ini.

Menurutnya, sekiranya POTA diperketat ia akan menghalang pengganas daripada menggunakan negara ini sebagai titik tengah bagi menyertai kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS).

“Maka ia lebih baik untuk pelancongan negara, malah, POTA tidak akan beri kesan buruk kepada sektor pelancongan negara.

“Selain itu, mereka juga akan tahu bahawa negara ini tidak akan berkompromi untuk memerangani ancaman pihak pengganas,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan akta itu telah digubal khusus bagi mengekang penularan kegiatan keganasan dan ekstremisme.
Ia juga berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sebelum ini.

“POTA ini berbeza dengan ISA, tidak seperti didakwa beberapa peguam hak asasi manusia. Ini kerana kuasa eksekutif untuk menahan pesalah tidak berada di tangan seorang menteri tetapi agensi pencegahan jenayah,” katanya.

Tiada ulasan: