MALAYSIAKINI
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau
dimaklumkan akan ditahan polis susulan perhimpunan membantah cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) siang tadi.
Katanya seorang pegawai polis memberitahu peguamnya bahawa beliau akan ditahan semalaman.
“Saya terkejut. Ini perhimpunan aman,” katanya.
Kira-kira 20,000 orang hadir dalam perhimpunan siang tadi di ibu negara.
Polis dipercayai turut memanggil Setiausaha Agung Parti Sosialis
Malaysia S Arutchelvan, wakil rakyat DAP Anthony Loke, pemimpin PKR
Fariz Musa dan pegawai BERSIH Mandeep Singh.
Ambiga dan peguam hadir di ibu pejabat polis pada jam 9.40 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan