KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel 'Kadar
Tol Naik Ogos Ini?' yang dimuat naik dalam laman web Free Malaysia
Today semalam.
Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata hingga kini
kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.
"Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi
berhubung perkara ini. Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan
berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa.
Mengikut laman web itu semalam, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya
akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini, di samping mendakwa kenaikan
itu antara 50 hingga 100 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan