MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan kepimpinannya
akan lebih menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan negara dan bukan
melayan tuduhan terhadapnya.
“Saya tidak gemar melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berapa betul hujung
pangkalnya,” katanya dalam mesej sempena sambutan hari buruh.
“Ini kerana di era media sosial, isu senang tersebar tanpa batasan.
“Melayan isu-isu ini pada setiap masa hanya akan mengalihkan tumpuan saya daripada usaha memajukan negara. ”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan