Shafie Apdal.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, adalah menjadi hak keluarganya dan pelajar itu sendiri untuk menentukan masa depannya.
"Selepas selesai menjalani hukuman, dia akan dihantar pulang ke tanahair dan ketika itu terserah kepada dia dan keluarganya untuk tentukan sama ada dia akan memohon untuk meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau tidak.
"Mara tidak boleh lagi berikan pinjaman kepadanya kerana ia sudah ditarik balik," katanya kepada mStar Online.
Pada Selasa, Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika dihubungi mStar Online memaklumkan beliau secara peribadi bersetuju jika pelajar itu diberi peluang kedua selepas menerima hukuman.
Kenyataan Nazir Hussin bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi yang menganggap tidak wajar pelajar berkenaan diberi peluang berkenaan.
Bagaimanapun pada Rabu, Nazir Hussin yang juga Exco Pemuda Umno memaklumkan, beliau tidak mempunyai kapasiti untuk memberi komen mewakili Mara berhubung kes Nur Fitri dan ia adalah pandangan peribadinya.
"Saya rasa dia perlu diberi peluang kedua untuk masa depannya. Semua orang pernah melakukan kesilapan," katanya dalam kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan