HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Jun 2015

Hubungan dengan DAP: Pemimpin Pas berbeza pendapat

 
Dewan Ulama Pas mahukan Pas memutuskan hubungan dengan DAP manakala Pemuda dan Muslimat berpendirian sebaliknya.


pas-pkr-dap_600



KUALA SELANGOR: Tiga pemimpin sayap Pas yang baharu dipilih tidak sependapat berhubung isu putus hubungan dengan DAP.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, usul memutuskan hubungan dengan DAP tetap akan diteruskan.

Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng terlalu angkuh mencemuh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

“Tidak salah untuk Dewan Ulama Pas mengesyorkan perkara tersebut (usul memutuskan hubungan dengan DAP) dan ia juga telah diterima dengan sebulat suara,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula memberikan pendirian berbeza dengan Dewan Ulama Pas.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau akan menyambung semula hubungan dengan DAP terutama Pemuda DAP atau DAPSY.

“Saya akan sambung balik dengan DAP dan DAPSY. Bahkan saya juga sudah berjumpa dengan Ketua DAPSY, Teo Kok Seong di Parlimen.

“Saya berjanji jika saya menang sebagai Ketua Pemuda Pas, saya akan duduk minum kopi di Parlimen bersama dia dan berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Nik Abduh berkata, dia juga akan berbincang dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad untuk meneruskan hubungan yang terjalin sebelum ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh pula berkata, tahaluf siyasi dengan Pas akan diteruskan kerana ia telah dipersetujui oleh presiden parti.

“Ia perlu diteruskan kerana Presiden Pas sudah menekankan hal ini dalam ucapan dasar selain ia juga merupakan satu medan dakwah yang patut untuk Pas ambil kesempatan,” katanya.

Tiada ulasan: