HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Jun 2015

TMJ sindir Program Bersama PM ‘Nothing2Hide’

 
Menurut Baginda, tajuk program berkenaan telah menunjukkan sesuatu yang tidak kena.



tmj,dialog


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyindir program Dialog Bersama PM ‘Nothing2Hide’ yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, Baginda mempersoalkan tajuk program berkenaan.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk “Nothing2Hide” dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?.

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” kata Baginda.

Pada perenggan selanjutnya, Baginda mengingatkan mereka yang diberikan amanah, supaya tidak menyalahkan rakyat apabila tidak lagi mendapat sokongan.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” jelas Baginda

Tiada ulasan: