HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Jun 2015

Najib beri syarat untuk hadir dialog

 
Menurut PM beliau sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan NGO tetapi dengan bersyarat.


najib-razak_3



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerangkan beliau sedia berdepan dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan sebarang perkara berkaitan negara dan rakyat.

Reaksi itu diberikan selepas kegagalan beliau menghadiri program Dialog Bersama PM ‘Nothing2Hide’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang terpaksa dibatalkan polis atas faktor keselamatan.

“Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

“Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama,” kata beliau dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Sebelum ini, ketiadaan beliau yang juga Presiden UMNO di program berkenaan yang turut di hadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Tiada ulasan: