HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2015

Jamal mungkin dibebaskan petang ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos dijangka dibebaskan daripada ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang ini, lapor Malaysiakini.
 
Perkara itu dimaklumlan oleh setiausaha peribadinya, Duranny Izam kepada portal berkenaan. 
 
"Dia masih di Dang Wangi sekarang. Kita harap dia akan dibebaskan sebelum 8 malam, tetapi boleh jadi sekitar jam 6 petang,"  katanya.
 
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang juga penganjur bersama Himpunan Merah minggu lalu itu ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.
 
"Kita tahan beliau di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku berhubung kenyataan yang didakwanya bahawa rusuhan akan berlaku di Petaling Street," kata Zainuddin. 
 
Sebelum ini Jamal menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling hari ini sambil menafikan beliau adalah penganjur himpunan itu.
 
Beliau sebaliknya berkata hanya bertindak sebagai orang tengah untuk menyampaikan tuntutan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung beberapa isu seperti barangan tiruan dan tuntutan tapak perniagaan kepada orang Melayu di Jalan Petaling. 


Tiada ulasan: