Singkir Najib kerana guna isu perkauman, kata pembangkang
Nurul
Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari
kanan) di Jalan Petaling pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh
Najjua Zulkefli.
Pemimpin
Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak disingkirkan kerana memainkan isu perkauman untuk terus kekal
berkuasa. Insiden perhimpunan baju merah baru-baru ini dan ugutan oleh kumpulan
pro-Umno mengadakan protes di Jalan Petaling hari ini, membuktikan Najib
harus berundur, kata pemimpin parti pembangkang itu termasuk Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Himpunan Maruah Melayu atau himpunan baju merah 16 September merupakan
salah satu produk krisis dan kemelut politik yang menyelubungi negara
selama berbulan lama akibat dengan sengaja memainkan unsur perkauman
bagi menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai perdana menteri," kata
Lim kepada media di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling, Kuala Lumpur
hari ini.
Kedua-dua mereka bersama beberapa pemimpin pembangkang pagi ini melawat
kawasan membeli-belah popular di ibu kota itu, yang juga dikenali
sebagai Chinatown, sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada peniaga
yang kebanyakannya kaum Cina. Protes yang dirancang hari ini dibatalkan malam tadi dan sehingga pukul
10.45 pagi ini, ramai peniaga di kawasan itu sudah memulakan perniagaan
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan