Ahmad Zahid Hamidi.
“Mana ada saya 'racist' (bersifat perkauman), kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkasnya pada sambutan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samarahan di Taman Sahabat Kuching di sini, malam Jumaat.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta rakyat supaya tidak mempercayai tuduhan pihak tertentu yang berniat jahat terhadap dirinya.
Mengenai festival berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau gembira melihat ramai penduduk bukan Cina yang menghadiri festival kuih bulan itu walaupun pesta berkenaan adalah kebudayaan masyarakat Cina. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan