HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2015

Petaling Street 'meriah' dengan pengunjung

Petaling Street
Pusat perniagaan Petaling Street berjalan seperti biasa hari ini. - Foto Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Di sebalik laporan yang mengatakan akan berlangsungnya satu lagi himpunan besar-besaran hari ini, keadaan di Petaling Street kelihatan tetap sesak dengan pengunjung dan pelancong yang datang untuk membeli belah di sini.

Sehingga berita ini ditulis, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam pusat perniagaan di Jalan Petaling atau lebih sinonim dipanggil Petaling Street dan operasi perniagaan pula berjalan seperti biasa.

Trafik di Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Cheng Lock tidak menunjukkan sebarang kesesakan setakat ini.‎

Bagaimanapun tinjauan Sinar Online mendapati kelibat anggota polis berkawal di sepanjang pusat perniagaan ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Presiden Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos  pada Rabu membayangkan satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada hari ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, rusuhan akan berlaku sekiranya pihak berkuasa tidak memenuhi tuntutan yang dibuat oleh peserta himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan pada 16 September lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal ditahan dibawah Seksyen 105]


Tiada ulasan: