Menulis di laman Facebook peribadinya, Tan Sri Rafidah Aziz merujuk kepada kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu yang menggesa siasatan terhadap 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dipercepatkan dan diambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
Veteran Umno itu berkata, masyarakat ternanti-nanti status siasatan 1MDB yang sedang berjalan agar ia dapat diselesaikan, sekali gus membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Rafidah berkata, terdapat juga kerisauan dan pandangan skeptikal dilahirkan masyarakat luar negara, yang sentiasa menyelubungi suasana ekonomi di samping turut mempersoalkan tadbir urus politik di Malaysia.
"Apa tempoh masa ditetapkan untuk semua proses selesai?
"Bila laporan komprehensif pertama akan diumum kepada masyarakat? Tetapi soalan yang paling ditanya adalah, adakah proses siasatan sebenarnya berlaku atau adakah sudah terhenti," tulis Rafidah lagi.
Beliau berkata, masyarakat akan berterusan bertanya selagi persoalan mereka tidak dijawab.
Rafidah turut menyatakan persoalan mengenai isu ini tidak boleh dikatakan sebagai anti kerajaan atau anti pemimpin kerana ia adalah perkara biasa yang akan dihadapi mana-mana negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan