KUALA LUMPUR - Ahli Umno perlu terus memberi sokongan dan menghormati
pucuk pimpinan sekiranya mahu parti terus utuh, kata Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata mereka juga tidak seharusnya memberi pandangan berbeza terhadap kepimpinan sehingga boleh menjejaskan parti.
"Kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu forum di Johor Baharu semalam, berhubung perubahan kepimpinan peringkat parti dan negara suatu ketika dahulu.
Muhyiddin antara lain dilaporkan berkata beliau pernah menolak saranan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri susulan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan