shahbudindotcom
Ketika
mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai
kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun
peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap
akhbar itu diambil pada hari Selasa.
Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.
Kemudian
peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta
penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana
Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat
diambil.
Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.
Bagaimanapun
apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar
yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan
undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka
mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.
Sama
ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi
lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu
benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi
menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.
Najib
dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan
kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga
kononnya untuk membantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum
wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.
Lawak dol...
Yang
masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super
pemurah" itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah
ia diletakkan.
Namun,
saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan, sebaliknya seorang
ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan
mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.
Anina
bagaimanapun dipecat keahliannya daripada UMNO kerana peraturan parti
tidak membenarkan sebarang permasalahannya dibawa ke mahkamah.
Tetapi semalam, setelah sekian lama senyap, timbul lagi alasan baru mengapa tindakan mahkamah belum juga diambil terhadap WSJ.
Peguam
Hafarizam Harun menyatakan Najib ingin mengetahui sama ada WSJ akan
memohon menggunakan Akta Speech sekiranya beliau memutuskan menyaman
syarikat akhbar tersebut.
Akta
Speech adalah akta yang melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat
media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara, jelas
Hafarizam.
Untuk
maksud tersebut, jelas beliau, pihaknya telah menulis surat kepada
peguam kanan yang mewakili WSJ untuk mendapatkan kepastian mengenainya.
Saya
tidak mahu memfailkan kes di Malaysia, dapatkan penghakiman dan ia
menjadi penghakiman atas kertas di AS kerana WSJ akan mengatakan ia
dilindungi oleh Akta Speech itu. Bukankah ia satu usaha yang sia-sia,
tambah Hafarizam lagi.
Alasan lagi...selepas ini entah celah apa lagi digunakan sebagai helah agaknya!!
Bukankah
lebih baik jika Najib berterus terang saja bahawa saman terhadap WSJ
itu tidak akan diteruskan langsung memandangkan dakwaan mengenai wang
RM2,600 juta itu sudah pun diakui kebenarannya?
Habis cerita....dan tak perlu bersusah payah mencari macam-macam alasan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan