HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dua cara singkir Najib di parlimen

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA- Terdapat dua cara yang boleh dilakukan bagi membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat sokongan majoriti di parlimen, kata Naib pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fan.

Katanya, yang pertama adalah mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Najib kepada speaker, Tan Sri Pandikar Mulia pada sesi parlimen yang dijadual bermula 19 Oktober ini.

Selain itu katanya, cara lain adalah apabila majoriti ahli parlimen menolak belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober ini.

“Terdapat dua peluang untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Pertama, melalui usul oleh mana-mana Ahli Parlimen, jika dibenarkan untuk diluluskan.

“Kedua, semasa pembentangan bajet. Apabila Perdana Menteri membentangkan bajet dan parlimen dibahaskan di atasnya, Ahli Parlimen boleh mengundi untuk menolak bajet.

“Ia adalah bersamaan dengan undi tidak percaya,” katanya dalam sidang media di Bersih 2.0 Ibu Pejabatnya di sini hari ini.

Oleh itu, Thomas turut menggesa Najib membuktikan bahawa beliau mempunyai majoriti di parlimen.

“Dengan cara itu, ia akan menghapuskan sebarang keraguan terhadap Najib dan juga membawa kestabilan kepada pemerintahan Najib,” katanya.

Tiada ulasan: