HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Oktober 2015

Insentif RM200 selepas dimaki

 
Ketua Menteri Pulau Pinang menghargai sikap profesional penguatkuasa ketika menjalankan tugas


lim-guan-eng_mppp_600


Georgetown: Tiga penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dimaki oleh pesalah trafik di Lebuh Campbell menerima insentif RM200 seorang.

Ia bagi menghargai tindakan mereka yang menjalankan tugas dengan profesional walaupun berdepan dengan situasi tegang.

Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, apa yang ditunjukkan penguatkuasa berkenaan menjadi contoh.

“Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang dan kita tidak patut memarahi penguatkuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas.

“Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.

“Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa,” katanya pada sidang media di Komtar, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian Rabu lalu, selain dipanggil anjing, lelaki berkenaan turut mencampakkan wang kepada salah seorang penguatkuasa wanita berkenaan.

Tiada ulasan: