1MDB
SHAH ALAM - Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu
ditemui, Jabatan Peguam Negara memutuskan mempertahankan keputusan awal
yang dibuat sebelum ini berkaitan siasatan ke atas syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Peguam Negara selepas Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya isu 1MDB diselesaikan segera, Selasa lalu.
Peguam Negara dalam kenyataannya berkata, pihaknya sudah menerima kertas siasatan yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM), 21 Ogos lalu.
“Siasatan oleh BNM dilakukan bagi kesalahan di bawah Perenggan (4)(b)Bahagian 1, Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, iaitu dengan sengaja atau melulu membuat kenyataan palsu dalam butir material.
“Namun Timbalan Pendakwa Raya 1, Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Teguran 1MDB Majlis Raja-raja ada maksud tersirat]
Katanya, kertas siasatan tersebut juga dipulangkan semula kepada BNM pada 11 September 2015 iaitu pada tarikh sama keputusan tersebut dimaklumkan kepada BNM.
BNM, bagaimanapun pada 1 Oktober 2015, memohon Peguam Negara menyemak semula keputusan tersebut.
“Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu ditemui, Peguam Negara memutuskan mempertahankan keputusan awal yang dibuat,” katanya.
Dalam pada itu, Peguam Negara menegaskan bahawa Pasukan Petugas Khas menyiasat skandal 1MDB tidak pernah dibubarkan.
Peguam Negara juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara itu.
Bahkan siasatan yang dijalankan agensi berkaitan tidak pernah dihentikan atau tergendala.
“Peguam Negara sentiasa memantau dan memberi arahan kepada agensi berkenaan setiap kali siasatan dirujuk kepada Peguam Negara, termasuk arahan mempercepatkan siasatan.
“Sehingga hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum melengkapkan siasatan kerana keterangan beberapa saksi belum direkodkan,” katanya.
Kenyataan tersebut turut menafikan laporan yang mengatakan kertas siasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.
“Berkenaan isu ini, pihak Peguam Negara menegaskan terdapat laporan antara 12 September 2015 hingga sekarang mengatakan kertas penyiasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih berjalan adalah tidak tepat dan tidak benar,” katanya.
Mengenai siasatan yang dijalankan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara memberitahu kedua-dua agensi tersebut masih belum melengkapkan siasatan kerana belum merekodkan kenyataan beberapa saksi dalam siasatan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan