HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2015

Keluarkan bateri vape semasa dalam pesawat

SINAR HARIAN



vape


PUTRAJAYA - Berkuat kuasa serta-merta, penumpang yang membawa rokok elektronik perlu menanggalkan bateri daripada peranti rokok elektronik semasa dalam penerbangan, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini.

MAHB membuat pengumuman itu ekoran insiden rokok elektronik terbakar dalam penerbangan OD1003 Malindo Air semasa penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada 24 Oktober.

Menerusi catatannya dalam laman Facebook, MAHB berkata buat masa ini, peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak membenarkan rokok elektronik didaftarkan sebagai bagasi tetapi membenarkannya dibawa dengan tangan oleh penumpang dalam pesawat.

“Susulan insiden terbaharu, Malaysia Airports telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan berkuat kuasa serta merta dan penumpang akan diminta supaya menanggalkan bateri daripada peranti,” katanya.

MAHB juga merujuk perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk nasihat lanjut.

Malindo Air mengesahkan insiden bateri rokok elektronik itu terbakar pada 6.02 petang semasa pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki dan di pertengahan laluan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. - Bernama

Tiada ulasan: