HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2015

Ku Li: Bukan ‘khianat’ kerjasama dengan Mahathir

Zikri Kamarulzaman 





Tengku Razaleigh Hamzah telah dakwaan bahawa beliau mengkhianati Umno dengan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membidas penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) terhadap pengkritik 1MDB.

"Siapa yang khianati parti?" katanya ketika soalan itu diajukan.

"Saya bersamanya (Dr Mahathir) bukan kerana perkara lain kecuali berhubung sekatan kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.

Razaleigh mencuri tumpuan apabila beliau bersama Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Ong Tee Keat membidas penggunaan Sosma terhadap bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Khairuddin dan Chang didakwa di mahkamah kerana memfailkan laporan terhadap 1MDB dan dituduh mensabotaj ekonomi negara.

Tiada ulasan: