IKHWAN HAZWAN
Abdul Rahman berkata,
kenyataan Ling itu sebenarnya hanya akan menguatkan lagi kedudukan Najib
dalam Umno dan sebagai Perdana Menteri. - Foto arkib TRP/ Syahirah
Roslan
KUALA LUMPUR, Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik tersilap langkah, sekiranya merasakan kenyataannya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menggugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan
Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kenyataan Ling itu
sebenarnya hanya akan menguatkan lagi kedudukan Najib dalam Umno dan
sebagai Perdana Menteri.
“Kedudukan Perdana Menteri dalam Umno tidak tergugat. Kita tunggu dan lihat.
“Saya percaya Ling Liong Sik terlalu merendah-rendahkan mood ahli-ahli Umno itu sendiri.
“Mereka tidak akan terpengaruh dengan
kenyataan orang luar yang cuba untuk menentukan siapa seharusnya menjadi
pemimpin mereka,” katanya menerusi akaun Twitternya pada Sabtu.
Semalam,
bekas Menteri Pengangkutan itu bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak Najib berundur.
Ling turut mengakui menyertai perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Perth, Australia, pada hujung Ogos lalu.
“Saya mengharapkan agar adanya undi tidak percaya dilakukan terhadap Najib,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan